LUMUT: Kira-kira 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah menamatkan pengajian di institut pendidikan tinggi (IPT), dikesan tidak pernah membayar pinjaman mereka dengan jumlah terkumpul sehingga kini mencecah RM6 bilion.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, mendedahkan ada kalangan mereka yang telah menamatkan pengajian sejak berpuluh tahun lalu, tetapi tidak pernah membayar kembali pinjaman tersebut walau sesen pun dengan jumlah itu sentiasa meningkat setiap tahun.
Sehubungan itu, tegas beliau, pihak PTPTN akan mengambil tindakan susulan ...