Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dikembalikan. Cadangan ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Rata-rata ibu bapa dan guru juga menyokong cadangan itu. Tentulah cadangan ini agak mencabar untuk diputuskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja. Sehubungan itu, dimaklumkan cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibuat keputusan. Kita ...