Blog

blank

MKT UMNO dijangka bincang kedudukan Hishammuddin Isnin depan

PETALING JAYA: Isu penggantungan keahlian bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Isnin ini.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu akan berlangsung pada sebelah malam Isnin dan sebarang keputusan berkaitan isu tersebut tertakluk kepada perbincangan dalam mesyuarat berkenaan.

“Keputusan penggantungan sebelum ini juga dibuat dalam mesyuarat MKT, jadi apa-apa keputusan lanjut perlu diputuskan dalam mesyuarat MKT.

“Sudah tentu isu ini ...

Read More →
blank

Stacy gegar SICC dalam konsert solo pertama

KOTA KINABALU – Stacy Anam mencipta sejarah apabila hampir 3,000 peminat membanjiri Sabah International Convention Centre (SICC) untuk menyaksikan konsert solo pertamanya, Aku Stacy (Menggegar Kota U).

Penuh bertenaga dan emosional, Stacy menyampaikan lagu-lagu hits seperti Cakap Ke Tangan, Khayal dan Kisah Dongeng, termasuk aksi terbang di udara yang memukau.

blank Read More →

blank

Empangan Sabo Kampung Iboi, RTB Baling elak impak buruk bencana berulang

blank

blank

BALING: Pembinaan empangan Sabo di Kampung Iboi, di sini bagi memperlahankan aliran air Sungai Kupang dari Gunung Inas kini sudah mencapai tahap kemajuan kira-kira 62 peratus. Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek berjumlah RM22.8 juta itu mendahului jadual sebanyak 42 peratus ketika ini. Katanya, struktur sabo itu akan … Read More →

blank

Gempa bumi di Laut Scotia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

PETALING JAYA: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang berlaku di Laut Scotia petang tadi tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.32 petang dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Pusat gempa dikesan berada kira-kira 3,152 km di tenggara Puerto Montt, Chile.

Namun, MetMalaysia mengesahkan situasi itu tidak memberi sebarang kesan kepada Malaysia termasuk ancaman tsunami. – UTUSAN