KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang infak pada April dan Jun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Mekah, Syria, Palestin pada 26 April lalu.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM27,558.13 bagi tujuan program Jom! Sertai Infaq Daging Qurban pada 15 Jun ...