JOHOR BAHRU: Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang akan dibentangkan di Parlimen pada November ini memberi tumpuan terhadap hukuman lebih berat termasuk pemenjaraan.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pindaan itu juga bagi memastikan tidak ada kelompangan untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan pencemaran.
Katanya, salah satu usaha yang telah dilakukan ialah dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak yang melibatkan kerajaan Persekutuan dan negeri, agensi dan ...