KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan sebanyak 33 kes keracunan makanan di seluruh negeri sejak Januari hingga Ogos lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 19 episod keracunan yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Menurutnya, antara faktor yang menjadi punca berlakunya kes keracunan makanan adalah penyimpanan bahan mentah tidak selamat, proses pengendalian makanan tidak bersih dan tempoh penyimpanan tidak sepatutnya.
“Selain itu, makanan yang terdedah atau tidak ditutup sempurna dan masakan yang tidak dimasak sepenuhnya juga ...