TASEK GELUGOR: Tidak puas hati gara-gara ditegur memotong tanpa memberi isyarat menyebabkan seorang pemandu bertindak melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah stesen minyak, di sini hari ini.
Video kejadian itu yang berdurasi 27 saat turut tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback melanggar penunggang motosikal terbabit sebanyak dua kali sebelum beredar.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku disebabkan penunggang motosikal ...