KLUANG: Pihak berkuasa menemukan beberapa bahan bacaan baharu, termasuk buku yang dipercayai ada kaitan dengan Aurad Muhammadiyah dalam serbuan di premis GlSB Holdings Sdn. Bhd., (GISBH) di beberapa daerah di negeri ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Hal Ehwal Agama negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, operasi bersepadu yang disertai pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) serta agensi penguatkuasaan di lima daerah pada kelmarin dan semalam itu turut menyelamatkan kanak-kanak di premis tersebut.
Read More →

Kes Kematian Nidza Afham Tiada Unsur Jenayah, Kekal Diklasifikasikan Mati Mengejut (SDR)
Setelah sebulan lebih kematian penyanyi, Nidza Afham berlaku, kes tersebut masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Kes kematian tiada unsur jenayah
Perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan, di mana beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah daripada hasil siasatan pihak berkuasa.
Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR.

Soon Huat-Shevon Lai naib juara Terbuka China
PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terpaksa berpuas hati menjadi naib juara Terbuka China selepas tewas di tangan pasangan tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21 pada aksi final di Pusat Sukan Olimpik Changzhou sebentar tadi.
Soon Huat-Shevon yang menduduki ranking ke-12 dunia bermula baik di set pertama apabila mereka yang ketinggalan 5-8 berjaya bangkit dengan permainan lebih kemas dan kawalan gelanggang yang baik untuk menyamakan kedudukan 8-8 sebelum mendahului 15-11.
Kedudukan itu ...

Saya minta maaf kalau mereka tak suka – Zarina Anjoulie terima kecaman bedah hidung
KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Anjoulie enggan melayan netizen yang mengecam pembedahan hidung yang dilakukannya, baru-baru ini.
Jelas pelakon berusia 37 tahun itu, masyarakat bebas memberi pandangan dan dia berlapang dada menerima kritikan atas tindakannya itu.
“Kepada yang tuduh saya ajak orang buat dosa, saya minta maaf kalau mereka tak suka.
Ini kerja saya dan saya dibayar untuk berkongsi pengalaman melakukan pembedahan hidung di klinik tersebut. Kalau hasilnya tak bagus, saya tak akan review.
“Selain itu, berapa ramai orang yang menanggung bahana kerana ...

“Family Dia Takde Tegur Ke?” – ‘Post’ Gambar Nampak Perut, Ameera Khan Dituduh Sengaja Nak Tarik Perhatian Warganet
Lama tidak disebut ramai, nama adik selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan kembali menjadi topik hangat di kalangan warganet selepas memuat naik satu hantaran di Instagram.
Jika sebelum ini hangat dengan cerita bercuti di Bali, kali ini perut yang dipaparkan oleh Ameera pula menjadi perhatian ramai.
Disebabkan memuat naik ...

Saran gaji profesional tempatan dinaikkan untuk beri perkhidmatan lebih berkualiti
KINRARA: Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) menyarankan gaji golongan profesional dikaji seterusnya diselaraskan semula bagi membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti kepada masyarakat dan negara.
Cadangan itu disuarakan dalam Bengkel Perancangan Strategik 2025-2030 anjuran BIM bagi memperkasakan misi serta meningkatkan standard profesionalisme di negara ini.
“Perbincangan terperinci bersama badan profesional di dalam BIM berpendapat bahawa gaji semua penggiat profesional perlu dikaji dan diselaraskan semula di Malaysia.
“Kajian ini akan melonjakkan kualiti perkhidmatan ...

GISBH: 29 lagi individu direman
SHAH ALAM: Seramai 29 lagi individu disyaki mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) direman bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian termasuk pemerdagangan kanak-kanak.
Perintah reman antara satu hingga tujuh hari itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Md. Subri Hashim di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Mereka yang direman berusia 19 hingga 62 tahun itu terdiri daripada 13 lelaki dan 16 wanita.
Terdahulu, kesemua individu berpakaian lokap berwarna ungu dan jingga itu tiba dengan menaiki beberapa kenderaan polis dengan dikawal ketat anggota keselamatan, kira-kira pukul ...

Seorang maut, enam hilang banjir badai Jepun

TOKYO: Seorang individu dilaporkan maut manakala enam lagi hilang selepas hujan luar biasa melanda wilayah Ishikawa di Jepun pada Sabtu, lapor media tempatan. Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran kecemasan hujan lebat di wilayah Noto, di mana terdapat lebih 120 milimeter hujan yang direkodkan dalam tempoh sejam pada pagi hari kejadian, menurut laporan Kyodo News. Arahan… … Read More →

Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kekal SDR
KLANG: Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar tiada unsur jenayah dan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau SDR.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang elemen jenayah berkaitan kes penemuan mayat mangsa di sekitar Sungai Klang di sini, pada 14 Ogos lalu.
“Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
“Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah,” katanya ketika ditemui pada program Larian Marathon Selangor Police ...

Tekong darat lari tinggalkan tujuh PATI Myanmar
PASIR MAS: Seorang tekong darat bertindak melarikan diri dengan meninggalkan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandunya di tahan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan AM (PGA).
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, serbuan pukul 2 petang itu mendapati kesemua PATI gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
“Hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut mendapati kesemua PATI itu terdiri dari tiga lelaki dan ...