KUALA LUMPUR: Jerman dinobatkan selaku juara dunia buat kali ketujuh selepas membenam Perancis 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, hari ini.
Skuad dari benua Eropah itu muncul sebagai pasukan terbanyak dalam sejarah hoki antarabangsa di peringkat remaja apabila menjulang gelaran dunia pada 1982, 1985, 1989, 1993, 2009, 2013 dan yang terbaharu 2023 di Kuala Lumpur.
Kejayaan itu juga menebus kehampaan Jerman yang muncul naib juara ...