PUTRAJAYA: Ucapan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 di New York kelmarin, jelas menggambarkan ketegasan Malaysia terhadap pelbagai isu sejagat termasuk keadilan terhadap Palestin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seluruh isi kenyataan dibawa Mohamad pada perhimpunan berkenaan juga melambangkan pendirian negara yang konsisten.
“Kenyataan Tok Mad (Mohamad) ini telah mewakili seluruh isi kenyataan kerajaan. Ya, ini adalah pendirian kita (Malaysia).
“Kita tahu isu antarabangsa ini sangat dinamik, tapi yang paling ...