PETALING JAYA : Satu siasatan dijalankan pihak polis ke atas blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kenyataannya yang mengaibkan Perdana Menteri.
Kenyataan dibuat lelaki berkenaan menerusi satu hantaran video secara langsung (live), kelmarin.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hantaran video berdurasi 1 jam 32 minit dan 50 saat bertajuk ‘DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS’ dimuat naik di YouTube Channel ‘Sir Azri’.
“Siasatan kini ...