MARAN: Cadangan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang mengesyorkan diadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan memulakannya di Kuala Lumpur boleh mencetuskan ‘kebimbangan’ dalam komuniti terutama di bandar besar.
Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin berkata, persoalan tentang pilihan raya PBT tersebut pernah beliau bangkitkan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada bulan Mei lalu.
“Jawapan yang saya terima ketika itu adalah jelas iaitu kuasa menentukan sama ada perlu atau tidak pilihan ...