PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan beberapa mesyuarat dan perbincangan bersama Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh, Prof Dr. Muhammad Yunus yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara Malaysia dan Bangladesh.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran Facebook Perdana Menteri.
“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Dhaka, Bangladesh usai di Islamabad, Pakistan.
“Saya disambut sahabat baik saya Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh Profesor Dr. Muhammad Yunus dan dijadual mengadakan beberapa mesyuarat serta perbincangan yang ...