PETALING JAYA: Di saat video ‘prank’ fasilitator di sebuah institusi pengajian menjadi sorotan, penyanyi, Aina Abdul berpendapat setiap universiti mempunyai cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orentasi untuk menyambut kedatangan pelajar baharu.
Menurut Aina, apa yang lebih penting bagi setiap pelajar perlu mengutamakan pelajaran dan membuat perkara yang dapat menggembirakan sepanjang menuntut ilmu di sesebuah institusi.
“Saya percaya setiap universiti ada cara tersendiri untuk mengendalikan minggu orientasi. Saya juga bekas graduan universiti, jadi apabila saya melangkah ke dewan melihat pelajar baharu mendaftar, ...