SEREMBAN: Tidak mahu berputus asa selain demi menampung perbelanjaan seharian, pasangan suami isteri dari Nilai di sini beralih menjalankan perniagaan daripada sebagai pembekal pakaian ‘bundle’ (pakaian terpakai) kepada perniagaan menjual pastri hanya di tepi jalan.
Berkongsi kisah, Nor Shaheela Md Dolly, 40, mengakui perniagaan yang dinamakannya sebagai Croffle Bawah Pokok itu adalah untuknya dan suami berusaha bagi menampung kehidupan.
“Sebelum ini saya dan suami, Shahrul Hafiz Othman, 40, mengusahakan perniagaan pakaian bundle di Nilai 7 dan telah beroperasi selama 13 tahun.
“Selepas ...