ASSEN: Marc Marquez terus memperkukuh cengkaman dalam perebutan kejuaraan dunia MotoGP selepas menjuarai Grand Prix (GP) Belanda hari ini, namun kemenangan itu dibayangi insiden kecederaan adiknya, Alex Marquez.
Juara dunia enam kali itu menamatkan saingan di tempat pertama dengan mengetepikan dua pelumba Itali, Marco Bezzecchi (Aprilia) dan rakan sepasukan Ducati, Francesco Bagnaia yang sekadar berpuas hati di tangga ketiga.
Marc yang mencatat kemenangan ketiganya di ‘Katedral Kelajuan’ itu kini menyamai rekod 68 kemenangan perlumbaan elit milik legenda Giacomo Agostini, namun masih ...