Blog

Malaysia sasar jadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk menjadi negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030, sejajar dengan usaha memperkukuh kedudukan negara dalam landskap teknologi global.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, sejajar dengan hasrat itu, negara perlu melahirkan rakyat sebagai pencipta teknologi.

“Setakat ini, Malaysia berada di kedudukan ke-33 daripada 133 negara dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2024. Kita menyasarkan untuk melonjak ke tangga ke-20 hingga ke-30,” katanya ketika sesi TechTalks: The Advancement of Artificial Intelligence: Can We Keep Up? ...

Read More →

Dua anggota tentera dituduh membunuh

PETALING JAYA: Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret Miri, Sarawak atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan sepasukan, pada 24 Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Afiq Syarim, 23, dari Bedong, Kedah dan Mohamad Faies Khuzaimah, 21, dari Tumpat, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Muhammad Muqriz Aseri, 21.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama menyebabkan kematian Muhammad Muqriz antara pukul 2.15 pagi hingga 3.05 pagi, 24 Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan ...

Read More →
blank

‘Kangar rumah saya’- Ay Ling

KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling yang akan bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Kangar dalam pemilihan parti itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang bermain sentimen kononnya beliau ‘orang luar’ sebagai tidak berasas.

Malah Ay Ling sudah menganggap Perlis khususnya Kangar sebagai rumahnya selepas hampir 10 tahun berbakti di kawasan berkenaan selaku wakil rakyat dan cukup dekat dengan masyarakat serta akar umbi di situ.

Katanya, tidak menjadi sebarang isu sekiranya beliau bukan berasal dari negeri ini untuk ...

Read More →
blank

“Nampak Je ‘Innocent’..”- Doktor Popular Di TikTok Kena ‘Exposed’, Didakwa Berperangai Tidak Senonoh

Seorang doktor yang dikenali ramai di platform TikTok kini menjadi tumpuan selepas beberapa dakwaan mengejutkan mengenai salah laku peribadinya tular di media sosial, khususnya di aplikasi X.

Doktor berkenaan sebelum ini dikenali dengan imej profesional dan berpendidikan, sering berkongsi kandungan berunsur kesihatan dan motivasi, sekali gus membina reputasi sebagai figura yang dipercayai.

doktor tiktok kantoi ...</p></div><a class= Read More →

blank

Amin yakin pertahan jawatan, bentuk pasukan mantap di Kangar

KANGAR: Penyandang jawatan Ketua Cabang PKR Kangar, Noor Amin Ahmad yakin mempertahankan kedudukan beliau menjelang pemilihan parti itu Sabtu ini.

Biarpun sekali lagi bakal bertembung Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Indera Kaya­ngan, Gan Ay Ling, Noor Amin bersama pasukannya optimis dapat menerima sokongan padu daripada akar umbi.

Noor Amin berkata, pihaknya telah melakukan persediaan sewajarnya dengan menyediakan pasukan mantap terdiri daripada pemimpin tempatan berbilang kaum yang sememangnya aktif memberikan khidmat buat masyarakat.

“Mereka yang dipilih dalam pasukan ini juga memang diketahui sentiasa ...

Read More →
blank

Sapura Energy O&M peroleh kontrak bernilai RM40j

PETALING JAYA: Sapura Energy Berhad (SEB) dianugerahkan kontrak untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian untuk kemudahan luar pesisir di Semenanjung Malaysia, yang bernilai anggaran RM40 juta. 

Menurut kenyataannya, kontrak tersebut diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, Sapura Fabrication Sdn. Bhd., di bawah bahagian Perniagaan Operasi dan Penyelenggaraan (O&M).

Kontrak ini berkuat kuasa mulai 10 Mac 2025 untuk tempoh enam bulan, dengan pilihan untuk lanjutan enam bulan tambahan.

Skop kerja merangkumi penyelenggaraan utama bahagian atas, ...

Read More →
blank

“Anak Abah, Autism” – Jep Syukur Atas Pemberian Di Hari Jadi Ke-40, Air Mata Tak Henti Mengalir

Pelawak dan penyampai Jep Sepahtu memuat naik hantaran meluahkan rasa syukur menerima hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Jep berkata dia menerima hadiah yang membuatkan air matanya tidak berhenti mengalir serta meluahkan rasa syukur atas pemberian berkenaan.

BACA: “Tetaplah Menjadi Baik Walaupun Nama Kita Buruk Dalam Cerita Orang Lain” – Jep Sepahtu

Read More →
blank

Pelancong Muslim Dihalau Dan Dihina, Wanita Dedah Pengalaman Buruk Saat Bercuti Di Korea Selatan

Seorang wanita Muslim berkongsi pengalaman mengejutkan dilayan secara rasis ketika melancong ke Korea Selatan, sehingga diarahkan “get lost” oleh penduduk tempatan hanya kerana memakai tudung.

Menurut video yang dimuat naik, insiden bermula sebaik tiba di lapangan terbang apabila seorang lelaki Korea meluru ke arahnya dan rakannya, sambil mengeluarkan kata-kata kesat dan mengancam untuk mencederakan mereka.

Wanita itu ...

Read More →
blank

Polis siasat kemalangan angkara ‘abang kejar adik’

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung pertengkaran pasangan kekasih dengan seorang wanita sebelum kenderaan dinaiki mereka dikejar sehingga berlakunya kemalangan, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun, semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 petang ketika pengadu terjumpa teman lelakinya bersama seorang wanita dikenali di sebuah pasar raya di Puchong.

“Pertemuan itu mengakibatkan berlaku pertengkaran sebelum wanita terbabit memukul pengadu sehingga cedera di muka.

“Selepas itu berlaku pergelutan ...

Read More →
Page 12 of 1,854 «...1011121314...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X