PETALING JAYA: Pro-net, anak syarikat kepada pengeluar kereta nasional Proton merekodkan pencapaian baharu dengan jumlah penghantaran sebanyak 1,853 unit Proton e.MAS 7 bagi suku pertama 2025.
Dengan 797 unit terjual pada Mac, pegangan pasaran YTD bagi model ini sebanyak 30 peratus sekaligus mengukuhkan kedudukan Proton e.MAS 7 sebagai Model Kenderaan Elektrik (EV) Nombor satu di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang berkata, sokongan tersebut membuktikan syarikat mampu menyediakan ekosistem yang membolehkan pelanggan menikmati pengalaman ...