Blog

Lebih 10,000 penduduk Kelantan jadi mangsa banjir

KOTA BHARU: Situasi banjir di Kelantan makin kritikal apabila jumlah mangsa melepasi angka 10,000.

Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 8.30 malam tadi menyaksikan 10,279 mangsa berlindung di 67 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, enam jajahan yang terjejas dengan banjir ketika ini ialah Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Jeli.

“Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,612 orang diikuti, Tanah Merah (1,676) dan Kuala Krai (2,019).

“Sementara Machang 242 mangsa, Gua Musang (268) dan Jeli (255),” ...

Read More →

Banjir di Terengganu bertambah buruk, 2,903 mangsa berpindah

KUALA TERENGGANU: Seramai 2,903 orang daripada 830 keluarga berada di 54 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di enam daerah, setakat pukul 4 petang ini.

Keadaan banjir gelombang ketigar di Terengganu bertambah buruk apabila.
jumlah mangsa tersebut meningkat berbanding 2,111 orang daripada 612 keluarga pada 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, ketika ini, sebanyak 20 PPS beroperasi di Dungun, 13 di Hulu Terengganu, lapan di Setiu, enam di Besut, enam di Kemaman dan satu di ...

Read More →

‘Mati nanti pun seorang diri dalam liang lahad’

SEGAMAT: Lelaki yang maut akibat disengat tebuan tanah di sekitar Hutan Simpan di Jalan Temayong Labis, di sini petang semalam pernah berseloroh tentang kematian di depan isterinya dengan mengatakan ‘mati nanti juga seorang diri di dalam liang lahad’.

Norlinda Jamil, 34, berkata, dua hari lalu suaminya itu, Halmi Tahrin, 42, meminta dia pulang ke rumah keluarga di Felda Moakil bersama anak-anak sebelum menyertai aktiviti permotoran dan perkhemahan bersama rakan-rakannya di hutan simpan berkenaan.

“Arwah suami menyatakan dia tidak kisah ditinggalkan bersendirian ...

Read More →

Parti-parti politik, aktivis dan NGO ‘kepung’ kedutaan Amerika Syarikat malam esok

KUALA LUMPUR: Parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan gerakan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan ‘Kepung Demi Palestin’ selama enam hari di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini mulai malam esok, sehingga 31 Disember ini.

Sekretariat Solidariti Palestin (SPP) dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan itu adalah maklum balas terhadap tindakan Amerika Syarikat yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestin.

Katanya, perhimpunan itu diadakan secara aman.

“Kami membuka khemah dan
tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara ...

Read More →

Rakyat sudah muak dengan konflik politik perkauman

KOTA KINABALU: Kerjasama politik berasaskan kaum dan agama di Sabah bukan komponen penting yang harus diberi pertimbangan sekiranya ingin terus maju.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun berkata, masa untuk berbalah kerana perbezaan kaum dan agama sudah berlalu.

“Jika kita melihat dan mendengar nadi rakyat, apa yang mereka nyatakan di bawah, mereka sudah muak dengan masalah dan konflik kaum.

“Kalau kita lihat kepada GRS dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), kita dapati ia adalah gabungan dan parti ...

Read More →

Video tular dakwa kejadian tembakan berhampiran lintasan Rafah

GAZA CITY: Satu rakaman video tular mendakwa tembakan berlaku berhampiran ibu pejabat Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin di bandar Rafah, Gaza.

Rakaman video kejadian tembakan berhampiran lintasan Rafah itu diperoleh oleh CNN.

Memetik laporan CNN, rakaman itu menunjukkan beratus-ratus penduduk berada di jalanan yang mana sebahagian besarnya melarikan diri akibat serangan Israel.

Dalam video itu, ramai penduduk dilihat sedang membawa bantuan ketika bunyi tembakan kedengaran di kawasan tersebut.

Satu lagi rakaman di lokasi itu menunjukkan beberapa ...

Read More →

Dua maut, 29 cedera bangunan terbakar di Korea Selatan

SEOUL: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 29 lagi cedera dalam insiden kebakaran membabitkan sebuah bangunan pangsapuri 27 tingkat di Korea Selatan.

Lapor agensi berita Yonhap, kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.57 pagi (waktu tempatan) di tingkat tiga bangunan pangsapuri itu di Seoul.

Dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an dan seorang wanita berumur 70-an dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung.

Dua daripada mangsa meninggal dunia di hospital.

Semasa proses pemindahan, sekurang-kurangnya 28 orang mengalami kecederaan termasuk terhidu asap ...

Read More →

32,000 biji pil yaba di rampas

KOTA BHARU: Polis merampas 32,000 biji pil kuda bernilai RM197,230 selepas menahan dua lelaki dalam serbuan berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Pendek Batu 5, Jalan Salor dekat sini semalam.

Dalam serbuan pukul 5 petang itu,
kedua-dua suspek berusia 36 dan 29 tahun itu ditahan sejurus keluar dari sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

Timbalan Ketua Polis negeri Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut membawa kepada penemuan bungkusan plastik putih mengandungi 2,000 pil yaba.

Menurutnya, sambil dipandu ...

Read More →

Malaysia ini sudah bebas rasuahkah? – Pas

KUALA LUMPUR: Pas mengeluarkan kenyataan secara sinis terhadap parti politik kerajaan yang didawak mereka dilihat tidak lagi bersuara mengenai isu rasuah dan perkauman yang biasanya dibangkitkan dalam mesyuarat agung atau konvensyen parti.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bertanya jika negara sudah benar-benar bebas rasuah sehingga tidak kelihatan parti politik menyentuh perkara itu dalam mesyuarat.

Ahli Parlimen Pasir Pas itu bagaimanapun tidak menyebut parti politik atau nama pemimpin-pemimpin tertentu, namun, ia dikaitkan dengan Konvensyen Amanah Nasional ...

Read More →
Page 1,185 of 1,265 «...1,1601,1701,1801,1831,1841,1851,1861,187...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X