PETALING JAYA: Seramai 1,240 warga emas antara 25,547 orang yang terjejas banjir di lima negeri, setakat pukul 4.30 petang tadi.
Menurut kemas kini portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 8,110 mangsa banjir itu ditempatkan di 111 pusat pemindahan sementara (PPS).
Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 20,788 orang diikuti Terengganu 4,477 orang.
Selain itu, 156 mangsa terjejas banjir dicatatkan di Pahang, 124 mangsa di Johor dan dua mangsa di Sabah. – Read More →
“Maaf Untuk Apa Yang Telah Berlaku..” – Abang Tesla Sambut ‘Anniversary’ Ke-5 Dengan Isteri Pertama
Baru-baru ini, pempengaruh sensasi yang dikenali sebagai Abang Tesla telah menyambut ulang tahun perkahwinan dirinya dan isteri pertamanya Nurmajdina yang kali ke-5.
Sempena hari istimewa tersebut, Abang Tesla telah menitipkan ucapan khas buat pasangannya yang telah bersamanya selama lima tahun itu. Ucapan tersebut diselitkan sekali dengan hantaran beberapa keping gambar dirinya bersama Majdina yang terlihat sedang keluar malam bersama.
Happy 5 years Anniversary sayang. Semoga Allah pelihara jodoh kita sampai ke Syurga. Isteri yang sangat tabah dan hebat. Maaf untuk apa ...
Harris Alif Sahkan Bakal Timang Cahaya Mata Kedua
Baru-baru ini penampilan pelakon Intan Ladyana menjadi perhatian netizen apabila dikatakan hamil anak kedua.
Memetik mStar Online, segala teka teki akhirnya terjawab apabila suaminya, pelakon Harris Alif mengesahkan berita gembira tersebut.
BACA: Nampak Baby Bump, Intan Ladyana Hamil Anak Kedua?
Bagaimanapun, Harris enggan mengulas mengenai usia kandungan serta jantina bayi kedua mereka itu serta memohon orang ramai mendoakan agar kehamilan isterinya dipermudahkan.
“Ya Intan sedang berbadan dua, usia kandungan rahsia. Saya minta doa orang ramai supaya urusan keluarga saya ini dipermudahkan ...
Kanak-kanak hilang ditemukan lemas – Utusan Malaysia
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang ketika bermandi-manda di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu, petang semalam, ditemukan lemas pada pukul 11 pagi tadi.
Mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd. Syahril Redhuan ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai pada jarak 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata, mayat kanak-kanak itu dijumpai selepas hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
Difahamkan Muhammad Harraz datang ...
“Tengok CCTV, Tak Ada Kelibat Dia” – Terus ‘Ghaib’ Lepas Keluar Ke Dobi Dengan Kekasih, Kehilangan Bella Penuh Misteri
Kehilangan seorang ibu tunggal berusia 32 di Batu Pahat masih menjadi misteri selepas pihak polis gagal mengesan keberadaannya meskipun pelbagai usaha sudah dilakukan.
Mengikut kronologi, Mila Sharmila Samsusah telah keluar dari rumah pada 14 Disember lepas bersama teman lelakinya untuk ke sebuah kedai dobi di Simpang Rantai.
“Saya Kasihan Pada Syamimia, Saya Takut Awak Tertekan..” – Iqbal Zulkefli Nasihat Syamimia Berhenti Lawan Netizen
Kasihan melihat pempengaruh Syamimia yang berteruskan dihentam di media sosial, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli memberi nasihat kepada personaliti media sosial itu untuk tidak terus melawan netizen.
Katanya, dia turut menasihati Syamimia untuk tidak mengulas atau memberi sebarang kenyataan yang boleh mengundang kemarahan warganet dan menyebabkab mereka kembali membidas pempengaruh itu tanpa belas kasihan.
Cara Syamimia selalu pertahankan diri tu seolah-olah mencabar netizen. Netizen ni sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila jumpa di luar, mereka juga sumber kekuatan kita.
Saya ...
Pasukan penyelamat bantu bawa anak mangsa banjir ke klinik
DUNGUN: Seorang wanita terpaksa meminta bantuan pasukan penyelamat untuk membawa dua anaknya yang demam panas ke klinik selepas kediamannya dikepung banjir di Kampung Paya Kemudi, dekat sini, hari ini.
Sharifah Abu Bakar, 32, berkata dia bersma dua anaknya, Nor Syakila Imani Mat Naim, 6, dan Nor Saqeena Izz Mat Naim, 2, tidak berpindah berikutan rumahnya yang berada di atas bukit dan tidak terlibat tidak banjir, namun laluan keluar dinaiki air hingga empat meter.
“Kedua-dua anak saya demam sejak semalam. Suami tiada ...
Banjir air hijau popularkan Kampung Kuala Hau
MACHANG: Fenomena air banjir berwarna hijau menjadikan Kampung Kuala Hau di sini popular sekelip mata dalam kalangan masyarakat di negeri ini selepas perkara tersebut tular menerusi aplikasi Tiktok dan whatsApp sejak Isnin lalu.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jambatan Kuala Hau sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk melihat sendiri fenomena itu secara lebih dekat.
Seorang penduduk Syairah Kamaruzaman berkata, fenomena itu mula berlaku sejak tahun 2014 lalu namun tidak diketahui oleh masyarakat luar.
Menurutnya, semua itu berubah apabila ada pempengaruh di ...
Kompleks Mahkamah Syariah bakal dibina di Temerloh
KUANTAN: Sebuah kompleks Mahkamah Syariah bakal dibina di persimpangan Sri Semantan di Kampung Busut Jin, dekat Temerloh, tahun hadapan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang,
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri memperuntukKan kira-kira RM15 juta bagi pembinaan kompleks tersebut dengan kawasan seluas lima hektar sudah pun dikenal pasti.
“Sebut harga bagi pembinaan bangunan dua tingkat itu dibuka pada Februari dan dijangka mula bina pada ...
Kanak-kanak hilang ketika mandi-manda di sungai ditemukan lemas
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang ketika bermandi-manda di Sungai Tok Hakim, di sini, petang semalam, ditemukan lemas pada pukul 11 pagi tadi.
Mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd. Syahril Redhuan ditemukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai pada jarak 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata, mayat kanak-kanak itu dijumpai selepas hampir 17 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
“Operasi SAR ...