MENAIKI jet untuk melancong atau membuat lawatan kerja dalam tempoh singkat kedengaran seperti mimpi yang dahulunya sukar untuk menjadi realiti, tetapi tidak di era ini kerana Stargazer dapat merealisasikannya
Sebuah syarikat aeroangkasa Texas bernama Venus Aerospace sedang mengusahakan pesawat jet dipanggil Stargazer bersama enjin yang akan menghidupkannya.
Stargazer bakal menjadi jet hipersonik yang boleh bergerak lebih daripada enam kali kelajuan bunyi dan mampu terbang lebih tinggi daripada pesawat lain.
Jika dibenarkan untuk perjalanan komersial, jet hipersonik itu akan membawa ...