PUTRAJAYA: Sebanyak 3,000 keping kad Touch ‘n Go (TnG) versi teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) percuma ditawarkan bagi pendaftar terawal Pangkalan Data Utama (PADU).
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tawaran itu dibuka kepada orang awam bermula pelancaran PADU pada 2 Januari ini.
Beliau berkata, tawaran itu dibuat bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dan mengemaskini pada portal pangkalan data itu di www.padu.gov.my.
“Ia (tawaran kad TnG percuma) bagi menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sempena minggu pertama pelancaran portal berkenaan. Buat masa ini, ...