KAJANG: Cubaan seorang lelaki membawa dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM10 juta terbongkar selepas dia ditahan sepasukan polis dalam serbuan di tempat letak kereta di sebuah restoran makanan segera di Kajang Perdana, di sini, Sabtu lalu.
Hasil penahanan itu, dadah seberat 315 kilogram (kg) ditemukan dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV dipandu lelaki itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, menerusi serbuan pukul 8.38 malam itu, dadah berkenaan ditemukan dalam bungkusan ...