PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya melangkah ke suku akhir acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 di Ballerup, Denmark, sebentar tadi.
Pada aksi pusingan pertama di saringan keempat, Shah Firdaus berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala tempat pertama menjadi milik wakil Jepun, Shinji Nakano.
Pelumba berusia 28 tahun itu akan bertarung untuk merebut tiket ke separuh akhir pada perlumbaan suku akhir pukul 10.08 malam ini.
Mengikut format perlumbaan dua tempat teratas dari enam pelumba ...