KANGAR: Pengabaian nafkah merupakan antara faktor keretakan institusi kekeluargaan dan secara tidak langsung memberikan impak negatif kepada masyarakat dan negara.
Justeru, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, modul kursus pra perkahwinan yang diguna pakai ketika ini perlu ditambah baik dengan memasukkan kewajiban tanggungjawab nafkah dalam keluarga dan liabiliti perundangan sekiranya komitmen tersebut diabaikan.
Titah baginda, penjelasan mengenai peruntukan undang-undang berkaitan pengabaian nafkah tersebut juga perlu diberikan penekanan.
“Pengabaian nafkah merupakan antara faktor keretakan institusi kekeluargaan dan secara tidak langsung ...