Blog

SPRM beku akaun, aset jutaan ringgit

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun dan aset bernilai jutaan ringgit susulan skandal rasuah perlombongan pasir yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini belum ada tangkapan baharu. 

“Seorang individu telah ditahan semula dan direman tujuh hari untuk kes yang masih dalam siasatan ini.

“Saya juga tidak nafikan ada tindakan pembekuan akaun dan aset, dianggarkan bernilai jutaan ringgit,” katanya selepas Majlis ...

Read More →
blank

Dua aksi kelas ‘A’ bulan depan 

blank

blank

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya bukannya dipulaukan berikutan kesukaran mendapatkan pasukan lawan pada jendela Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), bulan ini. Sebaliknya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, sebenarnya banyak pasukan menunjukkan minat untuk menguji skuad kebangsaan namun hasrat itu tidak kesampaian selepas pasukan berkenaan turut memiliki perancangan tersendiri dalam misi mendapatkan mata ranking FIFA. Perkara itu… … Read More →

blank

Polis kesan pemandu lori langgar motosikal

KLANG: Polis mengesan seorang pemandu lori yang disyaki melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya tercampak dan menghentam besi pembahagi jalan dekat Kilometer 4.8 Lebuhraya Persekutuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kedua-dua kenderaan berada pada arah sama, namun lori berkenaan melanggar motosikal jenis Yamaha FZ itu ketika bertukar lorong dari tengah ke kanan.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori itu mengubah haluan ke kanan dan melanggar motosikal ...

Read More →
blank

Jual Sandwich Dan Nasi Berlauk Melalui ‘Vending Machine’ IPR, Wanita Jana Pendapatan Sehingga RM21K Sebulan!

Dalam keadaan harga barangan dan ekonomi yang tidak stabil kini, ramai di antara kita berusaha untuk mencari pendapatan sampingan dalam menyara kehidupan.

Tidak hairanlah jika ada yang terpaksa melakukan dua hingga tiga pekerjaan demi menyara kehidupan dan keluarga. Mengambil maklum akan permintaan rakyat, kerajaan sebelum ini telah melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan B40.

Seperti satu perkongsian di Facebook ini yang menunjukkan seorang wanita giat menjalankan perniagaan menggunakan mesin layan diri.

Dalam video tersebut, wanita ...

Read More →
blank

Guru pendidikan khas kini 19,563 orang

blank

blank

KUALA LUMPUR: Seramai 645 guru pendidikan khas baharu mengisi kekosongan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 melibatkan 578 orang ditempatkan dalam Program Pendidikan Khas Integrasi dan 67 orang ditempatkan di sekolah pendidikan khas di seluruh negara setakat Oktober tahun ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengisian kekosongan itu menjadikan keseluruhan guru pendidikan khas di seluruh… … Read More →

blank

Pembuli akan dipecat

blank

blank

KUALA LUMPUR: Pembuli dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam bakal berdepan dengan tindakan maksimum termasuk dipecat sekiranya didapati bersalah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberi jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berkompromi bagi isu buli dalam kalangan doktor atau petugas kesihatan. Kata beliau, KKM juga tidak akan menyembunyikan dapatan daripada siasatan oleh jawatankuasa bebas… … Read More →

blank

Malbatt berhak bertindak balas jika diserang Israel

KUALA LUMPUR: Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 berpangkalan di Tibnin dan Marakah di Lubnan berhak membuat serangan balas terhadap ten­tera Israel sekiranya kedudukan mereka terancam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ancaman di Lubnan memang diakui semakin meningkat ketika ini.

Menurut beliau, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sudah menyediakan garis panduan termasuk soal ancaman yang dihadapi pasukan pengaman di negara itu.

“Jika berlaku serangan dari segi force protection measure yang ditetapkan, kalau untuk mempertahankan diri maka memang boleh ...

Read More →
Page 1,147 of 2,258 «...1,1201,1301,1401,1451,1461,1471,1481,149...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X