SHAH ALAM: Penyanyi, Didi Astillah menegaskan dia dan kakaknya, Bella Astillah, tiada kena mengena dengan pengunduran penyanyi, Stacy Anam daripada konsert A Night With Sumandak Stars.
Pelik namanya dan Bella dikaitkan, Didi menjelaskan mereka hanya dilamar untuk membuat persembahan dan tiada kena mengena dengan pengurusan mahupun penganjur.
“Saya pelik sebab saya dan Bella tiada kena mengena, bukan kami anjurkan program ini. Kami hanya artis jemputan.
“Bella juga dipanggil untuk bernyanyi, kami anggap ini rezeki untuk sama-sama membuat persembahan dengan artis lain, tidak ...