KUALA LUMPUR: “Awak berdua bukannya berbual sesama sendiri, ini mahkamah.”
Begitulah teguran Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin kepada peguam, Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar dan Datuk Seri Najib Razak yang dilihat berulang kali menyampuk percakapan masing-masing.
“Datuk Nijar, bila awak tanya soalan, awak kena biarkan dia menjawabnya (sehingga habis) dan Datuk Seri Najib, jawab soalan (yang diberikan), sebarang penjelasan boleh diberikan sewaktu pemeriksaan semula,” kata hakim itu dalam perbicaraan kes saman SRC International terhadap bekas Perdana Menteri itu dan ...