IPOH: Tiga rekod acara lari berganti-ganti 4×100 meter diperbaharui pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2024 kali ke-64 di Stadium Perak hari ini.
Ia melibatkan kategori Perempuan 18 dan 12 Tahun serta Lelaki 12 Tahun.
Sabah memperbaharui dua acara iaitu Perempuan dan Lelaki 12 Tahun manakala Johor memadam catatan lama kategori Perempuan 18 tahun.
Kuartet Johor terdiri daripada Nur Malisya Mohd Ishak, Nurul Khaliesah Mohd Fauzi, Anis Batrisyah dan S Varshini mencatat 47.65s untuk memadam rekod lama 47.95s.
Sabah ditempat kedua ...