KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) kesal dengan sikap tidak acuh orang ramai di negeri ini yang masih ingkar arahan larangan merokok di tempat awam.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, tahap kesedaran masyarakat masih rendah melibatkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Beliau berkata, situasi itu memberi cabaran kepada pegawai dan anggota penguatkuasaan JKNT yang kini perlu berusaha lebih gigih meningkatkan kerjasama orang awam.
“Walaupun sudah membuat hebahan, masih ramai perokok yang berdegil merokok di kawasan-kawasan larangan, malah ada ...