GEORGE TOWN : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini semalam, kini berada dalam keadaan stabil.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, kanak-kanak itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta untuk pemerhatian selama 48 jam.
“Menurut keluarga mangsa, dia kini dalam keadaan stabil dan berada di ICU untuk ...