ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, Kedah kehilangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding negeri lain kerana tidak mempunyai pelabuhan dan lapangan terbang kargo walaupun berjaya menarik pelaburan besar beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau berkata, ketiadaan infrastruktur penting tersebut mengakibatkan Kedah terlepas peluang mendapatkan peruntukan tambahan berdasarkan cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan daripada negeri-negeri.
“Saya sudah sebut banyak kali dah bila KDNK tidak mengambil kira produktiviti negeri ini tapi ...