PETALING JAYA: Skuad Speedy Tigers memilih jalan sukar dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tumpas 2-3 kepada China dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, sebentar tadi.
Kekalahan itu menyaksikan anak-anak buah A. Arul Selvaraj tiada pilihan perlu menang dalam dua aksi terakhir menentang Great Britain dan Pakistan untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara Kumpulan A.
Dalam aksi menentang China di Muscat, Oman itu, skuad negara terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Azrai Aizad Abu Kamal pada suku kedua selepas kedua-dua pasukan terikat ...