kumpulan legenda muzik Oi! tanah air, A.C.A.B bakal mengadakan konsert terakhir mereka sempena sambutan 30 tahun penubuhan kumpulan tersebut pada 21 Disember 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
Penganjur, A.C.A.B Productions menyatakan bahawa konsert bertajuk “Bring Back The Bootboys” ini adalah tanda penghargaan kepada peminat setia mereka serta penutup perjalanan mereka dalam industri muzik tempatan.
Vokalis utama A.C.A.B, Max Mohammad, menjelaskan bahawa konsert ini adalah detik yang sangat bermakna buat kumpulan tersebut.
“Aku bangga dengan apa yang A.C.A.B dah capai selama 30 ...