KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mendapatkan kuota subsidi diesel untuk semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, ia berikutan rungutan kenaikan harga diesel sekali gus kesan terhadap pergerakan dan operasi PBT di seluruh negeri.
“Permohonan untuk kuota itu melibatkan kegunaan lori pembersihan dan saya akan berbincang dengan pihak kementerian bagi ...