SEREMBAN: Syarikat Temin Legacy Sdn. Bhd. (Temin Legacy) mengintai peluang kehadiran pelabur dalam usaha syarikat itu mengembangkan projek pertanian berskala besar yang berkeluasan sehingga kira-kira 121 hektar bagi tempoh lima tahun akan datang.
Pemilik syarikat, Mejar (B) Mohd. Farid Daud, 37, berkata, syarikat itu kini menguruskan ladang integrasi yang menggabungkan tanaman dan ternakan di Nilai.
Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berkata, ini termasuklah tanaman pisang, tebu, labu manis, rumput napier dan ternakan ayam kampung serta ikan ...