Blog

Banjir kilat di Sepanyol ragut 95 nyawa

MADRID: Sepanyol bersedia menghadapi jumlah korban yang lebih tinggi selepas 95 orang maut akibat banjir kilat melanda negara itu.

Pasukan penyelamat dijangka menemukan lebih banyak mayat dalam banjir paling dahsyat untuk tempoh lebih 50 tahun di negara Eropah itu.

Sepanyol turut mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula Khamis.

Hujan lebat dan angin kencang melanda Sepanyol sejak awal minggu selepas satu ribut terbentuk di Laut Mediterranean.

Badan penyelaras perkhidmatan kecemasan di wilayah timur Valencia mengumumkan angka kematian sementara sebanyak 92 orang, namun mayat ...

Read More →

Seorang maut, serangan Israel terhadap van Hezbollah

BEIRUT: Israel menyasarkan serangan terhadap van milik Hezbollah yang membawa peluru berhampiran Beirut, menyebabkan pemandunya terbunuh.

Kejadian yang berlaku semalam didedahkan oleh seorang pegawai keselamatan Lubnan yang meminta namanya dirahsiakan kepada AFP.

“Sebuah van milik Hezbollah menjadi sasaran serangan Israel di jalan Kahhale dan pemandunya terbunuh,” kata pegawai itu.

Wartawan AFP mendakwa melihat sebuah kenderaan terbakar dan memaklumkan jalan Kahhale, yang menghubungkan Beirut dan Damsyik, disekat di kedua-dua arah.

Agensi Berita Nasional (NNA) Lubn Israel menyasarkan serangan terhadap van milik Hezbollah yang membawa ...

Read More →
blank

Lelaki angkut beras seludup dicekup, tidak sempat nikmati upah

TUMPAT: Hasrat seorang lelaki untuk menikmati upah mengangkut beras seludup tidak kesampaian selepas dicekup anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor di semalam.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 6 petang selepas anggota PGA mengesan sebuah kereta jenis Proton Satria yang berada dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil ...

Read More →
blank

Najib sengaja butakan mata, cuba tutup skandal 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sengaja membutakan matanya apabila terdapat kemasukan wang berjumlah AS$681 juta masuk ke dalam akaun peribadi miliknya.

Walaupun sebahagian besar wang tersebut (AS$620 juta) telah dipulangkan semula, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu sepatutnya mengambil langkah untuk mengetahui sumber wang tersebut.

“Dalam semua keadaan, saya dapati tertuduh juga ‘sengaja membutakan mata’ mengenai kegagalannya untuk menyiasat asal usul dana ini yang mana dalam ...

Read More →
blank

Simulasi REDEX tingkat persediaan pasukan penyelamat

IPOH: Simulasi tragedi seperti banjir besar akibat limpahan air dari empangan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki terkandas di gunung merupakan antara persediaan yang dilakukan pasukan penyelamat bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, simulasi yang dijalankan menerusi Rural Emergency Disaster Exercise (REDEX) itu juga mampu memberi gambaran awal kepada pasukan penyelamat dalam memperkasakan koordinasi operasi sekiranya berlaku bencana.

Malah katanya, menerusi simulasi itu, ia bukan ...

Read More →
blank

Polis Australia temukan semula 40,000 syiling edisi terhad Bluey

blank

blank

SYDNEY: Polis Australia berjaya menemukan semula kira-kira 40,000 syiling edisi terhad bertemakan siri kanak-kanak popular, Bluey yang sebelum ini dilaporkan dicuri dari sebuah gudang di Barat Sydney. Dilaporkan sebanyak 63,000 syiling yang dikeluarkan oleh Australian Mint telah dicuri pada Julai lalu, kira-kira dua bulan sebelum ia sepatutnya diedarkan dipasaran. Menurut pihak berkuasa, 40,061 syiling tersebut … Read More →

blank

Azalina Othman Said dipilih Presiden IACA sesi ke-13

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan kejayaan pemilihan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),  Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Presiden Sesi Ke-13 Perhimpunan Akademi Anti-Rasuah Antarabangsa (IACA).

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, pemilihan yang berlangsung di Vienna, Austria, hari ini dimuktamadkan secara sebulat suara dan merupakan satu pencapaian bersejarah.

Katanya, ia memandangkan Malaysia buat julung kalinya diberi penghormatan memegang jawatan tersebut.

“Ia mencerminkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen Kerajaan Madani dalam usaha memerangi rasuah.

“Ia juga menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Azalina dalam ...

Read More →
blank

Perseteruan Martin, Bagnaia semakin hangat

KUALA LUMPUR: Perseteruan Jorge Martin dan Francesco Bagnaia yang akan berentap di litar Sepang, minggu ini kian hangat apabila gelaran juara dunia berkemungkinan akan menjadi milik Martin.

Martin yang berkelebihan sebanyak 17 mata menjelang baki dua pusingan terakhir, sedang bekerja keras untuk merangkul gelaran pertamanya sebagai penunggang Ducati Pramac.

Juara berganda, Bagnaia menegtahui bahawa beliau tidak seharusnya membuat kesilapan dan pesaingnya mengikut perkiraan matematik boleh mengesahkan kejuaraannya di Malaysia.

Martin yang mengalami beberapa saat yang mencemaskan ketika di Grand Prix (GP) Thailand, ...

Read More →
blank

Tambah baik pengurusan, infrastruktur, kurangkan risiko banjir

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa fokus dalam menambah baik pelan pengurusan risiko banjir berikutan keadaan yang kritikal ketika ini kerana empangan sedia ada tidak lagi mampu menampung limpahan air akibat hujan lebat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, pelan pengurusan perlu bersifat komprehensif meliputi program mitigasi mengawal bencana alam seperti Prosedur Operasi Standard (SOP) arahan banjir dan pemetaan.

Menurutnya, pelan pengurusan itu juga perlu membabitkan perancangan penempatan semula yang perlu disusun dengan lebih rapi.

“Banjir merupakan fenomena ...

Read More →
Page 1,090 of 2,257 «...1,0601,0701,0801,0881,0891,0901,0911,092...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X