Melalui laporan Astro Awani, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil siasatan daripada pihak berkuasa mengenai letupan paip gas di Putra Heights yang diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
Penduduk desak buat semakan semula
Susulan itu, penduduk disana mendesak agar pihak berkuasa melakukan semakan semula.
Kata Setiausaha KKSB, Mohd Badly Nordin, keputusan yang dikeluarkan itu sama sekali mengecewakan serta mengundang tanda tanya terhadap ketulusan dalam siasatan, selain menafikan hak penduduk yang ...