Kerana takut dimarahi oleh isterinya, seorang pengawal keselamatan berusia 65 tahun sanggup membuat laporan polis palsu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata lelaki itu telah tampil di balai polis untuk membuat laporan dan mendakwa dirinya telah dirompak oleh dua orang lelaki Rohingya di Kijal.
Menurut ceritanya, dia telah berhenti di stesen minyak untuk mengeluarkan duit dan kemudian didatangi ...