Pelakon dan pengacara Raja Azura berkara keputusannya untuk bertudung selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji adalah kerana Allah.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 52 tahun itu berkata perubahan dilakukan atas pilihan sendiri apatah lagi usianya sudah semakin meningkat.
“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.
“Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab ...