KUALA KANGSAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Kangsar menerima ketua baharu apabila Dr Hashim Bujang dipilih sebagai Ketua Bahagian dalam pemilihan parti itu semalam.
Dr Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan itu menang selepas memperoleh 114 undi menewaskan Mohd. Radzuan Abdul Karim yang mendapat 48 undi.
Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid sebelum beliau dipecat susulan pendiriannya menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Iskandar Dzulkarnain, ...