Dalam perkembangan terbaru kes kerugian pelaburan melibatkan jumlah RM43.9 juta, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) secara serentak.
Menurut sumber, pasangan usahawan terkenal Datuk Fadzarudin dan Datin Vivy Yusof juga telah disoal siasat.
Dipercayai suami isteri pengasas e-dagang fesyen itu turut disoal siasat di premis FashionValet ketika serbuan dijalankan.