TEMERLOH: Polis menahan seorang suspek lelaki Melayu berusia 40 tahun kerana disyaki mencuri kabel di kawasan Simpang masuk Bentong Makmur berdekatan bandar Bentong, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintenden Mazlan Hassan berkata, kira-kira pukul 4.40 pagi hari ini, polis menerima aduan orang awam yang ternampak dua buah kereta berwarna putih dalam keadaan mencurigakan, manakala kelihatan empat orang suspek sedang menarik kabel dari lubang utama milik Telekom Malaysia (TM).
“Tangkapan berjaya dilakukan membabitkan seorang suspek lelaki Melayu di kawasan ...