KUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa dengan sejarah lampau hingga menjejaskan keharmonian antara parti dalam kerajaan terutama Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata, dakwaan menteri-menteri UMNO kurang membantu dalam pentadbiran kerajaan adalah kenyataan yang tidak tepat.
Kata beliau, kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng adalah ‘jauh panggang dari api’.
“Semasa jadi pembangkang sekali pun, Bagan Datuk menjawab panggilan Bagan walaupun jam menunjukkan pukul 3.38 pagi. ...