PUTRAJAYA: Proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersambung esok.
Sumber berkata, proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
“Esok akan sambung ambil keterangan pukul 10 pagi,” katanya.
Setakat pukul 8 malam tadi, proses mengambil keterangan masih berjalan dan difahamkan, proses ambil keterangan itu dijangka selesai pada pukul 10 malam ini.
Sebelum ini, pasangan terbabit hadir di Ibu Pejabat SPRM ...