JOHOR BAHRU: Kertas siasatan terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kaum India yang didakwa tidak setia kepada negara akan dilengkapkan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan tersebut akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) sebaik sahaja siasatan selesai.
“Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr. Mahathir dan siasatan akan diteruskan.
“Dalam masa tiga hingga empat hari lagi, mungkin kertas siasatan akan dirujuk kepada ...