BENTONG: Isu pergantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) perlu diselesaikan segera oleh kerajaan bagi mengelak kemelut berpanjangan demi menjaga kepentingan petani dan peladang yang menjadi tunjang keterjaminan makanan negara.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bentong juga Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan perlu mengambil langkah proaktif, tegas dan berani bagi menyusun semula organisasi NAFAS serta meletakkan di landasan yang betul.
“Umum sedia maklum bahawa, NAFAS ...