Blog

Satu PPS lebih kapasiti, dua hampir penuh

SHAH ALAM: Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa lebih kapasiti sementara dua lagi hampir penuh apabila penduduk di kawasan sekitar Taman Sri Muda dan Kampung Padang Jawa ditempatkan di sana akibat banjir sejak pagi tadi.

PPS berkenaan ialah Dewan Kenanga, Seksyen 28 yang mencapai kapasiti 145 peratus apabila menempatkan 506 terdiri daripada 146 keluarga.

Di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 16 pula masing-masing mencapai kapasiti 74 dan 84 peratus dengan menempatkan 111 dan 84 ...

Read More →
blank

Ditahan seawal usia 13 tahun, Ahmad Manasra dibebaskan selepas 10 tahun dalam penjara Israel

GAZA: Ahmad Manasra, seorang rakyat Palestin yang ditahan Israel ketika baru berusia 13 tahun akhirnya dibebaskan selepas 10 tahun dipenjarakan, lapor Al-Mayadeen, semalam.

Ahmad yang kini berusia 23 tahun telah melalui tahun-tahun penyeksaan fizikal dan psikologi yang teruk sehingga menyebabkan keadaan kesihatan mentalnya merosot.

Menurut koresponden Al-Mayadeen, tentera Israel dengan sengaja membebaskan Ahmad melalui pintu belakang penjara, sedangkan keluarga Ahmad sedang menunggunya di pintu utama.

Ahmad dan sepupunya yang berusia 15 tahun dituduh menikam dua penduduk Israel di penempatan haram Pisgat Ze’ev ...

Read More →
blank

CAP kesal, mahu tindakan segera diambil

GEORGE TOWN : Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) digesa untuk mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan Sungai Teluk Gong di Pelabuhan Klang yang kini diancam pencemaran yang serius.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu kerana ia bukan saja mencemarkan alam sekitar tetapi boleh mengancam kesihatan penduduk dan pelbagai jenis hidupan air di sungai tersebut selain menjejaskan sumber pendapatan nelayan di kawasan itu.

Mohideen berkata, dalam ...

Read More →
blank

Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir BAC 2025

PETALING JAYA: Gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 selepas menundukkan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, sebentar tadi.

Beraksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China, juara dunia 2022 itu tidak berdepan kesukaran untuk mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit sahaja.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, Fajar-Rian gagal memberikan tentangan sengit apabila Aaron-Wooi Yik tampil lebih bertenaga dan konsisten sepanjang perlawanan bagi mendominasi permainan.

Lebih membanggakan, kemenangan ...

Read More →
blank

Sze Fei-Izzuddin gagal ke separuh akhir BAC 2025

PETALING JAYA: Hasrat beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 tidak kesampaian selepas terkandas di peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi, pasangan No. 2 dunia itu memberikan tentangan sengit sebelum akur tewas 16-21, 21-18, 20-22 kepada wakil tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi.

Walaupun gagal meneruskan kemaraan, pasangan yang lebih dikenali sebagai ...

Read More →
blank

Wan Rosdy dilantik Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan, PMKS Kebangsaan

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Penasihat Khas Majlis Pembangunan Usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Kebangsaan.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Pahang di Pantai Batu Hitam, Beserah di sini malam ini.

Anwar berkata, Wan Rosdy akan memainkan peranan membantunya dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan menyantuni usahawan bumiputera seluruh negara.

“Wan Rosdy dilantik sebagai ...

Read More →
blank

Jumlah kemalangan jalan raya meningkat

PETALING JAYA: Sebanyak 9,859 kes kemalangan jalan raya dicatatkan sepanjang Op Selamat 24 Hari Raya Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah tersebut meningkat kira-kira empat peratus berbanding 9,451 kes pada tahun lalu.

Katanya, jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia kini semakin meningkat sehingga mencecah lebih 36.6 juta.

“la menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan terlibat kemalangan dalam Op Selamat edisi ini dengan kenaikan empat peratus, bersamaan 2,051 kenderaan berbanding
1,973 ...

Read More →
blank

Sumali mahu bantu MOM majukan sukan tanah air

PETALING JAYA: Membantu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memajukan sukan tanah air menjadi agenda utama Datuk Mohd. Sumali Reduan sekiranya berjaya merebut kerusi Naib Presiden badan induk itu.

Perebutan kerusi Naib Presiden pada pemilihan Ahli Lembaga Eksekutif (Exco) MOM bagi penggal 2025-2029 semakin menarik selepas pengumuman calon diumumkan untuk mengisi lima kekosongan.

Sumali yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengakui sokongan padu daripada PSM telah memberi ilham kepadanya untuk bertanding dalam badan induk sukan negara bagi penggal kali ini.

“Setelah pengesahan ...

Read More →
blank

“Allah Ada, Biarlah Dia, Doakan Yang Baik-Baik” – Zahnita Wilson Beri Respon Susulan Dakwaan Bekas Rakan Kongsi

 “Bekas rakan kongsi? Saya tidak rasa begitu.”

Begitulah reaksi bekas model, Zahnita Wilson selepas seorang wanita bernama Neysahz tampil mendakwa dirinya pernah menjadi rakan kongsi Zahnita dan menyatakan segala pendedahan yang dibuat aktres itu sebelum ini tidak berlandaskan kebenaran.

Namun begitu, Zahnita yang kini berusia 40 tahun dan mempunyai nama penuh Zahnita Dorothy Hussein Wilson, memilih untuk tidak mengulas lanjut sebaliknya meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Read More →
Page 106 of 1,957 «...8090100104105106107108...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X