PETALING JAYA: Penyokong tegar Harimau Malaya yang tular di Stadium Al Janoub sebelum ini bakal menerima motorsikal selepas hantaran seorang pengguna Facebook dikongsi 10,000 kali.
Perkongsian ganjaran pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Alhafiz Najmi itu dibuat selepas lelaki berambut perang itu sanggup menjual motosikalnya jenis Yamaha LC bagi membiayai perjalanannya ke bumi Qatar.
Menurut Ahmad Alhafiz, dia akan menghadiahkan motosikal jenis Honda RS150 kepada Derrick Gan yang kelihatan menangis ketika ...