PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) mensasarkan sebanyak 3300 penyertaan bagi menyertai Sukan KBS Masters 2024 yang buat julung kalinya diadakan pada 21 hingga 24 November ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan MSN, Jefri Ngadirin berkata acara sukan tersebut diadakan khas bagi golongan berusia 40 tahun dan ke atas.
“Inisiatif penganjuran acara seperti ini menyahut saranan Kerajaan Madani dalam mengambil langkah proaktif menggalakan golongan berusia 40 tahun dan ke atas menceburi sukan dan berada dalam ...